Thursday, July 10, 2008

KISAH SEDIH TAHANAN ISA

I dont care which political regime u guys supporting...but this nothing to do with politic....but all with "kemanusiaan"....

Nazak dan meninggal dunia tanpa ayah di sisi, kejamnya ISA!

Aina Mardiah Shahrial, 17, yang menghembus nafasnya tanpa kehadiran orang yang dirindui di sisi, melahirkan rasa marah dan kecewa beberapa pihak apabila pihak polis dilihat melengah-lengahkan pelepasan sementara ayahnya yang ditahan tanpa bicara di Kem Tahanan Kamunting, Perak. -->Anak sulung kepada salah seorang tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Shahrial Sirin ternyata dinafikan haknya sekalipun beliau dalam keadaan nazak, ayahnya langsung tidak dapat bersama-samanya di saat-saat akhir beliau dirawat di Hospital Kajang, Selangor pada petang Khamis, 3 Julai lalu.
Aina paling kanan bersama rakan sekolahnya.-->









Biarpun pelbagai usaha dilakukan keluarga, rakan-rakan serta aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk membawa keluar ayahnya dari Kem Kamunting, Taiping, Perak, tetapi usaha itu gagal kerana ayahnya sampai setelah hampir empat jam Aina meninggal dunia. (Aina paling kanan bersama rakan sekolahnya.)
Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, beliau berasa sangat sedih kerana Aina meninggal dalam keadaan ayahnya tiada di sisi.
Beliau berkata, ketidaksempatan ayahnya ziarahi beliau yang dalam keadaan koma disebabkan tidak ada kesungguhan polis untuk menyegerakan membawa ayahnya bertemu Aina.
"Tunggu punya tunggu sampailah anaknya pergi menghadap tuhan tanpa melihat ayahnya yang sudah tujuh tahun di penjara," katanya turut berada di hospital ketika Aina kembali ke Rahmatullah.
Katanya, apa yang dikesalkan ialah berita mengenai ketenatan Aina diberitahu kepada pihak berkuasa sejak malam dia dimasukkan ke hospital lagi.
"Ini satu penyeksaan dan bukan sifat kemanusiaan dan sepatutnya pihak berkuasa membenarkannya keluar lebih awal untuk memberi kesempatan kepada seorang ayah untuk menziarah anaknya yang kritikal," katanya.
Katanya, sesungguhnya rasa sedih beliau tidak mungkin sama dengan rasa yang dihadapi keluarga tersebut lebih-lebihnya ibunya, Siti Fatma Masrum yang begitu berharap suaminya tiba pada petang itu.
Beliau berkata sebagai manusia yang mempunyai sifat keinsanan pihak berkuasa sepatutnya merasai keluh kesah keluarga tahanan ISA.
Oleh kerana itu, tidak ada lain cara untuk atasi halangan tersebut melainkan kerajaan membebaskan segera tahanan ISA termasuk Shahrial bagi mengembalikan hak mereka ke pangkuan keluarga.
Malah katanya, peristiwa seperti itu sudah kerap diucapkan dan kerana itu katanya kerajaan harus bertanggungjawab penuh ke atas mereka.
"Ini satu perkara asas tetapi apabila ia dikaburi dengan alasan keselamatan negara yang dianggap lebih besar isu kemanusiaan mnejadi kecil dan remeh," katanya.
Sementara itu,Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sani Hamzan menyifatkan kematian tersebut sebagai satu kemalangan kepada sistem demokrasi dalam negara ini.
Katanya, ini jelas apabila, ayah adik Aina dinafikan haknya untuk datang melawatnya sehingga pesakit meninggal dunia.
"Saya kira ini merupakan satu malapetaka dan gerak gempur kepada amalan demokrasi yang menampakkan kerajaan Barisan Nasional hilang sifat keperimanusiaan kepada perkara-perkara yang melibatkan kematian dan kehidupan rakyat Malaysia," katanya yang datang menziarah Aina di hospital pada Khamis lalu.
Dalam pada itu, Pengerusi Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuh ISA (GMI), Norlaila Osman berkata, peristiwa kematian Aina Madiah merupakan satu bukti terbaru mengenai kezaliman kerajaan yang berkuasa untuk percepatkan lawatan seorang tahanan ISA, Sahrial Sirin untuk melihat anaknya yang sedang tenat di hospital.
Katanya,walaupun beliau bersama-sama kaum keluara dan rakan-rakan menghubungi kem Kamunting sejak malam lagi sama ada melalui telefon dan faks untuk tahanan dibenarkan keluar dari kem tahanan.
Lebih menyayatkan hati katanya, Aina disahkan doktor yang memaklumkan bahawa beliau sedang bertarung nyawa dan bergantung kepada mesin jangka hayat.
Beliau yang turut menemani Aina di hospital mendakwa, pihak berwajib terutamanya anggota SB dilihat sewenang-wenangnya menggunakan kuasa mereka untuk mencabul hak tahanan walaupun hanya untuk melawat anak yang kritikal.
"Bagi saya tiada maaf di atas peristiwa seperti itu dan sebenarnya satu penegasan yang datang daripada mereka yang hatinya kering dan begitu sombong.
"Peristiwa ini juga menguatkan azam saya untuk terus berjuang memastikan ISA terkubur dari bumi Malaysia," tegasnya.




7 tahun dalam ISA, Shahrial sedih menatap wajah anak yang sudah tidak bernyawa




Ketibaan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Shahrial Sirin, untuk menatap jenazah anak sulungnya, Aina Mardiah, 17, yang di tempatkan di rumah jirannya, Mohd Nawawi di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor disambut dengan penuh hiba dan genangan air mata kaum keluarga dan hadirin. -->








Shahrial yang tiba kira-kira jam 9.40 malam dibawa dengan sebuah van dengan nombor pendaftaran WQV 4491 diiringi lebih kurang sepuluh anggota polis. Setibanya di pekarangan rumah tersebut beliau terus didakap anak keduanya, Ehsan Shahrial, 16 dan beberapa sahabat handai.
Dengan genangan air mata beliau terus mendukung anak bongsunya, Arfah Sharial, 9 yang kebetulan turut menyambutnya di situ untuk memasuki dalam rumah menatap janazah anaknya.
Beliau duduk di sisi isterinya, Siti Fatma Masirun, 38, dan terus menatap wajah anaknya yang terbaring kaku di situ.
Beliau mengucup dahi anaknya itu sepuas-puasnya seolah-olah enggan menerima perpisahan akibat 7 tahun keluarga ini dipisahkan oleh tempoh kem tahanan secara zalim.
Kemudian beliau memanggil keempat-empat anaknya, Ehsan, 16, Abdullah Masul, 14, Izzatul Zahrah, 12 dan Arfah, 9 duduk bersamanya untuk menyedekah doa buat arwah anaknya.
Hening malam ketika itu yang dipenunh dengan bacaan surah yassin terhenti seketika.
Air mata pilu hadirin termasuk sanak saudara tidak dapat ditahan lagi. Malah rakan-rakan sekolah arwah yang menunggu sebelum Maghrib lagi turut tidak dapat menahan kesedihan.
Sementara itu, pihak polis yang mengawalnya hanya membenarkan Shahrial berada di sisi anaknya hanya satu jam.
Shahrial yang dibawa dari Kem Tahanan Kamunting, Taiping pada jam lima petang semalam tidak dapat menatap melihat anaknya sewaktu beliau sedang kritikal di Hospital Kajang semalam.
Ini kerana, anaknya menghembus nafas terakhir pada jam kira-kira 6.10 petang semalam. Anaknya dihantar ke hospital pada petang Rabu, 2 Jun apabila pengsan akibat terjatuh di rumahnya.
Selepas jatuh beliau terus koma dan di beri bantuan dengan mesin jangka hayat kerana mengalami darah beku dalam kepala.
Pada malam tersebut juga, keluarganya meminta kebenaran pihak berkuasa untuk membenarkan Shahrial menziarahnya.
Dengan itu sejak pukul lima petang kaum keluarga menunggu kedatangan Shahrial kerana mereka difahamkan Shahrial akan sampai di hospital antara pukul lima hingga enam petang.
Bagaimanapun penantian mereka ternyata hampa kerana anaknya meninggal sebelum Shahrial tiba.
Dalam pada itu, jenazah arwah di bawa ke rumah jirannya selepas Magrib.
Jenazah arwah diletakkan di rumah jirannya kerana rumahnya yang terletak bersebelahan terlalu uzur.
Pada hari ini pula, beliau dibenarkan melawat anaknya semasa di majlis pengkembumiannya di tanah perkuburan Islam kampung tersebut.
Di majlis tersebut juga beliau difahamkan hanya satu jam juga.
Dalam pada itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh dan beberapa aktivis GMI turut berada di situ.
Turut sama berada di situ ialah Yang Dipertua PAS Cheras, Zulkifli Ahmad dan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman serta isteri beliau.
Orang ramai pada malam tadi tidak putus-putus melawat arwah bahkan beberapa guru orang sekolahnya turut menziarahnya.
Kepada pembaca yang sedia membantu keluarga Almarhumah Aina Mardiah dan keluarga mangsa ISA yang lain, silakan hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336.