Thursday, March 27, 2008

TERENGGANU DARUL IMAN

TERENGGANU DARUL IMAN

Sungguh sedap nama diberi.. Darul Iman. Namum sungguh memalukan orang Islam dan khususnya Melayu di Terengganu apabila 22 ADUNnya bertindak biadap terhadap Sultan. Diketuai oleh Rosol Wahid seorang Melayu Islam bertindak lantang menentang titah Sultan hanya disebabkan kuasa dan pengaruh akan hilang. Dimanakah pergi nya Iman orang yang duduk dan mencari makan di negeri Darul Iman? Adakah iman nya ditinggal belakang untuk kepuasan nafsu diri??

Sebelum PRU 2004, Terengganu diperintah oleh kerajaan PAS. Banyak janji-jani yang ditaburkan oleh BN khususnya UMNO untuk merampas kembali negeri minyak tersebut. Semasa pemerintahan PAS hasil minyak dalam bentuk royalti yang patut diperolehi oleh kerajaan negeri segera ditukarkan sebagai Wang Ehsan dan ditadbir oleh Kerajaan Pusat dan pengeluarannya tidak diberikan terus kepada Kerajaan Negeri TETAPI dimasukkan kedalam akaun Pengerusi BN Negeri. Itulah dolak-dalik pertama kerajaan BN.

Antara janji-janji besar BN untuk menakluki Terengganu semula adalah untuk menyambung kembali LEBUH RAYA PANTAI TIMUR yang hanya sampai di sempadan Terengganu semasa pemerintahan PAS. Tidak ada atau kita tidak pernah mendengarpun Agenda sulit untuk mengadakan MONSOON CUP di Pulau Duyung, MASJID KRISTAL serta taman tema Replika di Pulau Wan Man.

Namun selama empat tahun (2004-2008) BN memerintah kembali Terengganu dibawah menteri besarnya Pak Turut (Idris) Dolah Badawi dan Patrik Badawi, LEBUH RAYA PANTAI TIMUR masih tidak ada perkembangan untuk menyusuri negeri minyak tersebut. Projek yang memang memberi faedah besar untuk rakyat dan akan mendatangkan kemajuan masa depan negeri tersebut tidak diwar-warkan lagi selepas itu.

MONSOON CUP

Sepantas kilat, MONSOON CUP dicanang-canang untuk menjadi alternatif kepada para nelayan yang tidak dapat turun kelaut disebabkan oleh Angin Monsoon Timur Laut. Lalu dianjurkan Kejohanan berprestij (konon-kononnya) yang menelan belanja anggaran RM300M setiap tahun. Bermula dari tahun 2005-2007 (sudah 3 tahun) kos untuk penganjurannya telah mencecah anggaran RM1.0B. Satu jumlah yang sangat besar yang patut dinikmati oleh rakyat-rakyat di negeri minyak itu. Namun hasil kajian menunjukkan Terengganu masih mempunyai tunggakan hutang kepada kerajaan Pusat sebanyak RM300.34 juta (antara negeri yang banyak berhutang) (http://www.malaysiakini.com/news/79130) dan negeri Terengganu yang kaya dengan hasil minyak itu juga terduduk di tempat kedua tertinggi kadar isi rumah miskin tegar iaitu seramai 8,300.




Dilaporkan hasil yang negeri Terengganu dapat dari Monsoon Cup adalah pendedahan media bernilai RM 73 juta (2005), RM 123 juta (2006), RM 150 juta (2007) dan disasarkan RM 200 juta pada tahun 2008. Sebelum ini pada 29hb Mac 2007, akhbar-akhbar tempatan terutama News Strait Times melaporkan Monsoon Cup 2006 Event Valuation Report, maknanya Laporan Penilaian Acara Monsoon Cup 2006, bukannya satu Laporan Kewangan!
Kenyataan ini menyebut nilai, bukan jumlah sebenar yang diterima. "Nilai ketara berjumlah RM277,630,300, manakala nilai tidak ketara pula ialah RM37,365,611. Jika ditolak kos penganjuran acara itu sebanyak RM20,067,997, nilai acara yang diaudit mencapai jumlah RM294,927,920." (http://disertasi.blogspot.com/2007/12/monsoon-cup-belanja-besar-manfaat-untuk.html)

TAMAN TAMADUN ISLAM

Satu lagi projek yang tidak mendatangkan faedah pada rakyatnya, Pembangunan Pulau Wan Man sebagai Taman Tamadun Islam menelan belanjan RM250JUTA yang menempatkan MASJID KRISTAL dan 21 MONUMEN REPLIKA (http://informasi.phpbb3now.com/viewtopic.php?f=132&t=1053) . Apa yang diketahui didalam mukim tersebut sudah mempunyai 2 masjid, ditambah satu lagi Masjid Kristal menjadikan mukim tersebut mempunyai 3 masjid. Dan untuk memasuki taman tersebut pengunjung terpaksa membayar RM8.00 seorang, bermakna untuk solat di masjid tersebut kita perlu membayar wang.

Masjid Kristal bernilai RM27 JUTA (anggaran awal yang mana jumlah terebut telah meningkat ke RM80Juta) yang dibangga-banggakan itu pada perkampungan Had Hari yang mana ia dirasmikan menghampakan Rakyat apabila tiada laungan azan untuk solat 5 waktu, tiada solat berjamaah dan pada hari Jumaatnya tidak ditunaikan solat Jumaatnya. (http://buletinonline.net/index.php?option=com_content&task=view&id=427&Itemid=27)

LEBUH RAYA PANTAI TIMUR

Perasmian Forum Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 telah berlangsung pada 5/7/2005, namun sehingga kini ia tidak menunjukkan apa-apa perkembangan. Menurut website Lembaga Lebuh Raya Malaysia fasa pertama sejauh 169KM dari Karak ke Kuantan dibina pada 30 Ogos 2000 dan telah siap pada 1 Ogos 2004 (4 tahun pembinaan) menelan belanja RM1.3B. Namun menurut website tersebut pembinaan yang menyambungkan Kuantan ke ke Sungai Tong Kuala Terengganu belum dijalankan lagi. (http://www.llmnet.gov.my/serverpages/highway/highway_detail.aspx?highwayid=18) Namun satu lagi link menunjukan ia telah dibina pada 18 Sept, 2006 dan dijangka siap pada 17 Mac 2009 yang hanya berjarak 79KM sahaja. (http://www.llmnet.gov.my/serverpages/highway/highway_detail_under_construction.aspx?highwayid=34)

KESIMPULAN

Projek Lebuh Raya yang lebih membawa manfaat kepada rakyat dan pembangunan negeri sebagai mana telah terbukti di sebelah barat Malaysia tidak dipercepatkan pembangunannya. Kos mungkin hanya bernilai RM750JUTA sahaja (bandingan dibuat berdasarkan jarak 79KM dengan jarak 169KM yang telah disiapkan dengan belanja RM1.3B). Namun Monsoon Cup yang tidak menguntungkan negeri serta rakyat tetap dianjurkan setiap tahun menelan belanja hampir RM1B untuk 3 tahun dan pembinaan pembaziran Taman Tamadun Islam yang menelan belanja RM250JUTA dipercepatkan tanpa mengambil kira kepentingan keperluan rakyat Terengganu.

Itulah cara-cara di mana Kerajaan BN dibawah pemerintahan Dolah Badawi menghabiskan wang Ehsan dari Petronas yang diperuntukkan untuk negeri Terengganu bagi kegunaan rakyat. Apabila siap Lebuhraya nanti rakyat terpaksa membayar lagi TOL kerana projek tersebut diserahkan kepada MTD. Wang Ehsan Petronas bukan lagi milik rakyat seperti mana sepatutnya tetapi telah menjadi Hak Milik tidak rasmi Kerajaan 3 Beranak Dolah Badawi. Seperti Rocky Bru laporkan DYMM Agong mempersoalkan kemana perginya wang Ehsan RM1B setiap tahun. (http://www.rockybru.blogspot.com)

Wednesday, March 19, 2008

PERBANDINGAN HARGA MINYAK

aRTIKEL YANG AKU DAPAT DR FRIENDSTER UNTUK RENUNGAN RAKYAT MALAYSIA.


Baru baru ini dalam akhbar tempatan,kerajaan telahkeluarkan satu statistik kononnya harga minyak dimalaysia adalah yang paling rendah dirantau ini. Kemudian mereka membandingkanharga minyak malaysia dengan hargi minyak diThailand, Singapore,Filifina dan vietnam.
Persoalan sekarang apakah asas perbandingan tersebut sedangkan negara negara tersebut bukan pengeluar minyak? Hujah sepert iinilah yang digunakan oleh barisan nasional untuk memperbodohkan orang kampung.

Ok, disini fakta yang semua orang kena tahu.
Pertama sekali sila lihat perbandingan harga minyak malaysia dan negara negara pengeluar minyakyang lain:-

Negara Harga minyak seliter (dalam RM)
Malaysia RM1.92
Iran RM0.29
Venezuela RM0.16
Turkemenistan RM0.39
Arab Saudi RM0.19
Mesir RM0.81

Dari data di atas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan tidak benar. Kesemuanegara pengeluar minyak di atas, harga minyak adalah dibawah RM1.00 seliter.
Ada sesetengah alasan mengatakan keluaran minyak kita tak sebanyak arab saudiyang mengeluarkansejuta tong sehari. Menurut kerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam lingkungan700 ribu tong sehari.
Oleh itu kalau berdasarkan ratio pengeluaran minyak antara arab saudi dan malaysia
1 juta : 700 ribu,
sepatutnya harga minyak malaysia dalam lingkungan RM0.30 sen sahaja.
Kenapa arab saudi boleh kekalkan harga minyak pada 0.19 sen seliter
tapi malaysia pada 1.92 sen?
Bukan kah jauh bezanya?
Bagaimana pula dengan venezuella yang jumlah penduduk hampir sama dengan malaysia boleh kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter sahaja?
Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak dalam negara.

Ketika dato seri anwar ibrahim menjawat jawatanmenteri kewangan malaysia pada tahun1991-1998, harga minyak di kekalkan pada 1.10 senseliter.
Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan tahun sedangkan harga minyak dunia naik mendadakketika perang teluk di iraq?
Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek projek banyak juga di jalankan dalam negara tanpa perlu naikkan harga minyak.
Tapi pemimpin kerajaan beri alasan untuk naikan hargaminyak supaya duit tersebut dapat tampung projek pembangunan.
Masalah sekarang projek pembangunan untukfaedah siapa?
Rakyat atau kroni?
Berepa kerat orang yang dapat faedah dari koridor pembangunan di sana sini?
Subsidi minyak yang di tanggung kerajaan mencapai 35billion setahun.
Barisan Nasional bersungguh sungguh untuk mengurang kan subsidi minyak ini kerana kalau harga minyak tidak di naikkan dengan segera ianya akan mengganggu peruntukan kerajaan bagi membangunkan koridor koridor di seluruh negara yang bernilai ratusan billion.
Yang orang asyik berhujah ialah harga minyak perlu dinaikkan kerana harga minyak dunia telah naik. Ada yang mengatakan ia masalah global.
So yang kita kita fikir ialah kenapa nak risau tentang harga minyak dunia yang melambung naik kerana sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak, malaysia seharusnya gembira kerana bila harga minyak dunia naik,
pendapatan petronas jadi berlipat ganda.
So apa masalahnya?
Walaupun malaysia ada mengimport minyak dari luar untuk kegunaan tempatan, tapi bila dah net off dari pendapatan export, masih untung besar lagi.

Adakah negara akan bankrupt kalau turunkan harga minyak??
Sudah tentu tidak. Sila lihat statistikdi bawah:-
Allocation untuk mega projek:-
Koridor utara : RM17.5 billion
Koridor timur : RM112 billion
Wilayah iskandar :RM47 billion
Koridor sabah :105 billion
Koridor Serawak :107 billion

Bila kerajaan membuat pelan untuk pembangunan projek di atas, sudah tentulah kerajaan mempunyai wang yang banyak. Jadi, jika kerajaan sanggup membelanjakan ratusan billion untuk projek pembangunan seperti diatas yang hanya boleh di manafaatkan oleh segelintir rakyat sahaja, kenapa nak tampung subsidi 35 billion setahun pun tak mampu?
Mana yang lebih penting?
Mana yang perlu di utamakan?
Kebajikanrakyat atau projekmega?
Bila menteri menteri beri komen tentang ekonomi, semuanya berkata yang bagus bagus,
tapi bila bercakap soal subsidi minyak,
dah cakap lain pulak.
So kalau Dato najib kata turunkan harga minyak akan buat negara bankrup, bagaimana projek ratusan billion di atas?
Tak bankrup kah negara dengan projek ratusan billion tersebut?

Perlu di ingat bahawa disamping pendapatan hasil petroleum, negara juga mempunyai hasil dari sumber lain seperti getah, sawit,taxation, balak dan lain lain.

Pendapatan tahunan negara kalau di ambilkira harga minyak yang melambung naik bakal mencecah 200 billion setahun.
Dari jumlah tersebut susah sangat ke nak sumbangkan 50 billion untuk beri subsidi pada rakyat?

Ni korang compare ngan Turkmenistan .
Oil - production: 196,700 bbl/day(2005 est.)
GDP - per capita (PPP): $9,200 (2007est.)

makeURL("https://www. cia.gov/library/","eHNsL2J1bGxldGluLnhzbA==");
https://www. cia.gov/library/publicat. ..s/tx.html#Econ

Ni Malaysia punyaOil - production: 751,800 bbl/day(2005 est.)
GDP - per capita (PPP): $14,400 (2007est.)

makeURL("https://www. cia.gov/library/","eHNsL2J1bGxldGluLnhzbA==");
https://www. cia.gov/library/publicat. ..s/my.html#Econ

Note: so sebagai rakyat yang mempunyai hak mutlak keatas negara ini, fikir2kan la

Wednesday, March 5, 2008

ANGKATAN TENTERA MEMPUNYAI 2 IC TERBONGKAR

Artikel ini aku ceduk dari dari blog Datuk Ruhanie Ahmad (bekas pengerusi BBC n AP Parit Sulong) (http://kuda-kepang.blogspot.com)

Komen dr seorang pembaca blog tersebut menulis:-

10:16 pagi, Habil: Benar, Malaysian Army mempunyai dua ID dalam rekod SPR. Sebagai bukti, go to website SPR http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp. Kemudian masukkan no IC tentera ni: T719756. Kemudian, masukkan no IC "orang awam" ni pulak: 750909035727. Bukan kah mereka adalah orang yang sama? Tetapi mengapa satu undi pos di Penang, dan satu lagi ke Kelantan atas nama "Orang AWAM"??? No wonder BN begitu "confident" untuk merampas Kelantan dan lain-lain.. Sungguh jahat, dan tak amanah pemerintahan BN. Saya sungguh kecewa...Teramat sedihh....

Ini tulisan dan bukti yang didapati dari Datuk Ruhanie:-
Berikutan komen oleh Habil, saya pun akses lamanweb SPR http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp. Berikutnya, saya key-in No IC Tentera: T719756 dan saya dapati maklumat di bawah ini:

Kad Pengenalan : T719756Nama : HAZELY RAZIN BIN YAAKUB
Tahun Lahir : 1975
Jantina : LLokaliti : 042 / 06 / 06 / 635 - TUDM B'WORTH
Daerah Mengundi : 042 / 06 / 06 - JALAN MESJIDDUN : 042 / 06 - TELOK AYER TAWARParlimen : 042 - TASEK GELUGORNegeri : PULAU PINANG
Pusat Mengundi : POS
Saluran : 0
Masa Mengundi : -No Siri : 1019

Sesudah itu, saya key-in pula No IC Orang Awam 750909035727
dan memperolehi maklumat berikut:
Kad Pengenalan : 750909035727 / A3170255Nama : HAZELY RAZIN BIN YAAKUB
Tahun Lahir : 1975
Jantina : LLokaliti : 019 / 03 / 13 / 001 - KG BHARU
Daerah Mengundi : 019 / 03 / 13 - KAMPUNG BHARU SUNGAI
DUN : 019 / 03 - PASIR PEKAN
Parlimen : 019 - TUMPATNegeri : KELANTAN
Pusat Mengundi : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAHMUD MAHYIDIN
Saluran : 3Masa Mengundi : 08.00 PAGI - 05.00 PETANGNo Siri : 1032

Kedua-dua maklumat di atas amat memeranjatkan saya. Dari namanya (termasuk ejaannya sekali), dari tahun kelahirannya dan dari jantinanya, Hazely Razin Bin Yaakub yang menggunakan Kad Pengenalan Tentera No: T719756 adalah Hazely Razin Bin Yaakub yang juga mempunyai Kad Pengenalan Awam No: 750909035727/ A3170255.Yang berbeza cuma Hazely Razin yang guna pengenalan tentera membuang undi secara pos untuk DUN: 042 / 06 - TELOK AYER TAWAR dan Parlimen : 042 - TASEK GELUGOR, di Pulau Pinang, sementara Hezely Razin yang menggunakan pengenalan awam akan mengundi di DUN : 019 / 03 - PASIR PEKAN dan Parlimen : 019 – TUMPAT di Kelantan menerusi saluran tiga di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin.

Note:- apa kata SPR mengenai perkara ini?? adakah salah key-in? Atau Memang 2 orang yang berbeza tetapi mempunyai 2 nama yang sama, tahun lahir yang sama? RELEVAN kah SPR?? SAH KAH undi kita pada 8 mac ni?

Tuesday, March 4, 2008

SANTAPAN MINDA PRU12 – UNTUK PELANGGAN YANG BERNAMA RAKYAT

Aku tertarik dengan seorang komentar di blog Datuk Kadir Jasin... dan aku rasa ia bagus untuk semua rakyat Malaysia untuk membaca sebelum membuat keputusan pada 8 Mac ini..
Anita Kedah said...
Assalamualaikum Dato'Izinkan saya berkongsikan santapan minda dalam ruangan yang ada kaitan pada topik ini. Dengan Izin...Dato’Pengenalan : Saya adalah RAKYAT yang tidak menjadi AHLI kepada mana-mana parti. Walaupun saya pernah memohon untuk menjadi ahli kepada sesuatu parti, entah dimana silapnya…permohonan saya itu senyap hingga kini. Saya telah mengundi buat kali 3 dan ini bakal menjadi kali ke4 dalam hidup saya. Tidak menjadi RAHSIA, bahawa sebelum ini saya acapkali mengundi bekas parti pemerintah (BN) kerana berhajatkan kepada kemajuan pembangunan. Namun, kini selepas bertahun-tahun menghadapi dunia kemajuan, saya disentak dengan suatu persoalan iaitu, kenapa LAGI KUAT saya menyokong parti terdahulu, lagi banyak kesusahan yang menimpa diri saya. Setahu saya, hasil mahsul Negara kita seperti minyak, getah, kelapa sawit, jelapang padi yang luas, persisiran laut yang sekeliling lagi luas, hutan balak yang masih banyak, yang entah berapa tinggi nilainya, kemajuan sains dan teknologi yang semakin dipelupori oleh anak bangsa kita, kenapa kenikmatan hidup dewasa kini nampaknya semakin sempit lagi dihimpit. Kemanakah perginya peluang-peluang yang harus diadakan buat kita semua.Seperkara lagi persoalan saya, kenapa dengan SUMBER PERIBUMI kita yang banyak ini, kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin oleh bekas parti pemerintah terdahulu, semakin meningkat hutangnya kepada kerajaan Persekutuan, manakala keadaan disatu pihak lagi iaitu parti yang memerintah kerajaan negeri kelantan pula hutang negeri semakin rendah? Kemanakah perginyaa hasil mahsul ini?Saya percaya dewasa kini, kita semua melalui kos sara hidup yang makin meningkat. Perjalanan kesana kesini semakin sesak lagi bertambah kos perbelanjaannya. Lagi kita pangkah bekas parti pemerintah, lagi tinggi yuran pelajaran anak-anak mahupun dari sekolah rendah, menengah ataupun universiti (sudah tu kita perlu pula menyokong kemudahan pinjaman wang pendidikan, agar anak kita boleh berjaya. Bila berjaya, dikatakan pulak sekolah/institiusi pengajian atau pengetua atau guru tersebut adalah yang terulung, walaupun kita ibubapa kanak2 tersebut yang berusaha mengeluarkan perit peluh dan wang untuk menghantar anak kita kepusat tuisyen atau membayar yuran PIBG bagi kemudahan tuisyen). Keselamatan anak kita pula dipersalahkan kepada kita juga sepenuhnya, tanpa mengira perancangan prasarana yang kondusif lagi selamat. Adakah pihak yang mengurus/berkhidmat keatas Negara kita ini tahu bahawa KITA yang memberikan amanah kepada mereka setiap kali PRU, permintaan mereka itu kita tunaikan dengan sepenuhnya (majority 90%+). Oleh itu izinkan saya Dato’ sekali lagi untuk membentangkan pendapat saya dibawah untuk tatapan semua dimana topik ini adalah amat berkaitan. Dengan Izin…dan terima kasih terdahulu Dato’
SANTAPAN MINDA PRU12 – UNTUK PELANGGAN YANG BERNAMA RAKYAT
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua sidang bloggers sekelian.Pembubaran Parlimen:Pembubaran parlimen beerti penamatan semua kuasa ahli dewan undangan negeri dan parlimen, yang bermaksud pentadbiran kerajaan sekarang dipimpin oleh satu kuasa pimpinan penjaga (Caretaker). Oleh demikian, ini bermaksud bahawa tiada bentuk kuasa kerajaan maka dengan itu tiadalah ada ungkapan bagi maksud parti kerajaan atau parti pembangkang. Yang wujud adalah parti-parti yang bertanding. Ada parti-parti yang bergabung dan yang bekerjasama. Kuasa ketika ini sebenarnya terletak kepada Rakyat dan Rakyat perlu sedar akan kehendak mereka.
Dalam situasi PRU12, terdapat berbagai parti yang memancing Undi. Mereka ini adalah ibarat seperti Jurujual (Salesman). Dan di dalam suasana sekarang terdapat beberapa puak yang antaranya di wakili oleh pertubuhan-pertubuhan besar, pertubuhan-pertubuhan sederhana besar yang bergabung mahupun individu-individu persaorangan (contohnya : Barisan Nasional, Parti PAS, PKR, DAP dan calon bebas) yang cuba mempromosi produk mereka. Oleh yang demikian, kita para PENGUNDI adalah PELANGGAN yang mustahak dan penting yang bakal menentukan pemilihannya. Oleh yang demikian, ketika anda menghadiri sebarang ceramah/sidang layar maya, maka Perlulah Anda Beringat, iaitu: TIDAK PATUT adanya gelaran PARTI KERAJAAN/PARTI PEMERINTAH/PARTI PEMBANGKANG. Yang ada hanyalah parti-parti yang ingin menjual PRODUK mereka sahaja dan kita perlu membuat PEMILIHAN YANG TEPAT dan BIJAKSANA.
KRITERIA PEMILIHAN OLEH SESEORANG PELANGGAN
Buat pertama kalinya, Pelanggan perlulah mengetahui apa yang dia ada/mampu untuk dia membuat sebarang pembelian. Disini, pelanggan perlu mengetahui kemampuan dana/kekayaan yang dia ada untuk dia memberikan tawaran kontrak tersebut kepada pemilihan produk yang ingin dibeli. DAN BUKANNYA kemampuan Penjual yang ingin menawarkan PRODUK, sebab mereka hanya mempunyai bidang khidmat, manakala PRODUKNYA adalah BARANGAN HAK KITA semua. Negara KITA kaya dengan pelbagai sumber hasil. Diibarat KITA mempunyai sebidang besar tanah yang dipunyai oleh pelbagai sumber dan dimiliki oleh sekian ramai pemilik yang bernama RAKYAT WARGANEGARA MALAYSIA. Oleh itu janganlah sekali-kali para Jurujual cuba memandai-mandai menyogok kita dengan janji-janji palsu atau sogokan wang ringgit, sebab NEGARA ini adalah milik KITA. Gerannya kini ditangan KITA dan mereka tidak sepatutnya memberi SOGOKKAN dalam apa benda sekalipun. Jurujual yang menyogok akan menyebabkan KITA menjadi WARGANEGARA yang BERASUAH dan TIDAK BERMORAL. Janganlah KITA sebagai pemilik NEGARA ini mengizinkan MARUAH kita menjadi terlalu RENDAH dan KEJI.Didalam menentukan kriteria pemilihan, saya menggambarkan bahawa kita semua berada dalam suatu kawasan perkampungan yang mendiami beberapa blok kediaman. Terdapat blok-blok kediaman yang mempunyai prasarana yang lengkap dan yang perlu dilengkapi lagi dengan kemudahan dan situasi sekeliling yang sepatutnya menyenangkan KITA sebagai pelanggan. Maka dengan itu, kita perlulah memilih PERKHIDMATAN yang terbaik untuk diri KITA. Malangnya KITA sebagai PELANGGAN di sogok dengan aspirasi dan mimpi indah yang amat pelbagai hinggakan KITA sendiri terpinggir oleh KEHENDAK yang terbaik untuk PILIHAN KITA sendiri. Ini ditambah pula dengan KETIDAK FAHAMAN KEPERLUAN dan KEMAHUAN yang jauh berbeza diantara sesuatu kaum. Oleh yang demikian, KITA sebagai PELANGGAN yang PENTING LAGI MUSTAHAK, perlulah berfikiran MATANG selepas melangkaui batas 50 tahun kemerdekaan, harus menjuruskan KEPERLUAN dan KEMAHUAN kita kesuatu TAHAP KEPUASAN LAGI MAKMUR agar ianya mencakupi semua bahagian aspek kehidupan kita dan generasi-generasi yang akan datang.
Sebagai PELANGGAN MUSTAHAK, saya fikir, KITA memerlukan perkara-perkara berikut, jika boleh saya syorkan:
• Perkhidmatan Yang Cekap, Bijaksana dan Mesra.o Perkhidmatan yang berlandaskan kecekapan mengendali, mengusaha dan meningkatkan kualiti dan kuantiti hidup dari SUMBER BUMI KEPUNYAAN KITA.
o Perkhidmatan yang bijaksana keatas SUMBER BUMI KITA pula haruslah diusaha dengan penuh jiwa semangat RAKYAT, tanpa mengira agama, bangsa dan kepartian.
o Perkhidmatan mesra pula haruslah digembeling dengan nilai-nilai murni adat kesopanan KITA, dengan menolak sikap sombong dan bongkak lagi angkuh.
• Perkhidmatan Yang Meningkatkan Kualiti dan Kuantiti Hidupo KITA umumnya gusar dengan KEPASTIAN MASA DEPAN KITA dan GENERASI KITA. Oleh demikian Jurujual-jurujual yang akan ditawarkan KONTRAK PERKHIDMATAN ini yang akan dipegang konsesinya selama 5 tahun kemudian, perlulah mengadakan PERANCANGAN JITU, dan bukannya JANJI-JANJI MANIS Jurujual sahaja. Mereka seharusnya memperjelaskan kemana arah tuju masa depan kita dengan disemak oleh kualiti indeks (sebagai Bench Mark) untuk KITA semua TELITI. Disini silalah BUKA MINDA, MATA dan HATI tuan-tuan dan puan-puan untuk memperbandingkan yang mana satu asli, diantara yang dibuat, dicakap dan hasil yang dilihat.
o Kita juga perlu memperincikan PEMILIHAN sedalam-dalamnya dengan meneliti keperibadian Jurujual Daerah, Ketua Jurujual dan Pertubuhan yang bakal menyediakan perkhidmatan mereka. Jika Pertubuhan berkemampuan, tapi Jurujual daerah tidak boleh memberi khidmat yang baik, seperti memekakkan telinga, lebih baik kita cari jurujual lain. Dan jika Jurujual Daerah mesra dan baik, tetapi polisi ibupejabat pertubuhan pulak memekakkan/melengahkan tuntutan kita, juga perlu kita tolak.
• Perkhidmatan Yang menjuruskan kepada KEMAKMURAN dan KESEJAHTERAAN.
o Untungnya apabila KITA sebagai PELANGGAN dapat dipersembahkan dengan dua set PERBEDAAN PILIHAN yang boleh kita buat sebagai ukuran. Barulah kita beroleh KEBIJAKSANAAN untuk memikir dan memilih dan bukannya diBUTAKAN oleh aspirasi sehala sahaja selama 50 tahun. Barulah ini memberikan MAKNA MERDEKA, iaitu tidak dijajah minda oleh satu perspektif sehala sahaja.
• Akhir sekali, Perkhidmatan Yang Membawa kepada KEBERKATAN.
o KITA harus menilik kembali SEJARAH KETAMADUNAN MANUSIA, dimana TAMADUN MANUSIA bermula dari PEMBANGUNAN SAHSIAH MINDA yang dicetus oleh fahaman AGAMA. Keseluruhannya bermula dari kawasan ASIA. Oleh itu insan manusia yang dari cerok Asia ini, samaada Cina, India, Arab dan lain-lainya mempunyai pegangan kepercayaan Agama yang kuat. Maka demikian sebagai kaum puak yang berlainan bangsa dan agama, rasanya tidak menjadi masaalah bagi mengaspirasikan impian KEBERKATAN dalam mencari matlamat kehidupan mereka.
o Oleh demikian, kita sebagai PELANGGAN MUSTAHAK, perlulah mendesak para Jurujual yang ada, agar tidak sekali-kali menokok iklan-iklan pembangunan, mengejar kemajuan dan sebagainya yang mana mereka tidak mempunyai sebarang ikatan keatas GERAN yang ada pada KITA sekarang. Hanya kita yang boleh memilih dan meneliti kualiti-kualiti kebolehan yang terpampang dimata, telinga dan hati kita untuk dibuat PEMILIHAN. Dan model-model yang boleh diunjurkan terdapat diNegeri Kelantan dan Negeri-Negeri Lain seterusnya untuk dibuat perbandingan. SILALAH BUAT PENELITIAN YANG TERBAIK buat sesama kita. Disini, mungkin adanya RAHMAT bila kita boleh membuat perbandingan, ANDAIKATA tiada model yang disediakan, maka pencarian untuk mencari KEPASTIAN adalah dengan pandangan sebelah/sehala sahaja.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan “SELAMAT MENGUNDI”, jadilah PELANGGAN MUSTAHAK, janganlah MASA DEPAN dan MARUAH kita mudah DIPERKOTAK KATIKKAN, lagi DISOGOK dengan JURUJUAL yang KORUP. JANGANLAH KITA KENA JUAL dan JADI PENGAMBIL RASUAH. (BY RIGHT ANYONE WHO OFFER US BRIBES, SHOULD BE KICK IN THEIR BUTT. NO POINT TO REPORT TO THE POLICE FOR NOW… U KNOW WHAT I MEAN. LET THEM KNOW THAT WE REALLY MEAN BUSINESS THIS TIME AROUND)Sekali lagi selamat mengundi dan salam hormat dari saya. Wassalam dan salam sejahtera buat Dato' dan sekelian sidang maya.

Sunday, March 2, 2008

17 TAHUN BUKAN WAKTU YANG PENDEK











17 tahun bukan waktu yang pendek
17 tahun juga bukan waktu yang panjang

Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta

Bukti kewibawaan Islam agama memerintah

Mentadbir dan membangun negara..









17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan

Di zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang

Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun

Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini

Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni

Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia

Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita

Di Kelantan kadar jenayah paling rendah
Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam



100 fakta Kelantan

100 bakal mengubah Malaysia

Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula

Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula

Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas juga

Di Kelantan bermulanya -Takaful Kifalah






100 fakta Kelantan100 bakal mengubah Malaysia
Di Kota Bharu pasar basah paling besar dan cantik

3000 wanita berniaga semuanya santun menutup aurat

Dinamakan nama isteri Rasulullah, Siti Khadijah







Di Kelantan ekonomi riba tidak diiktiraf

Biar kita rugi, kata Tok Guru,

asalkan tidak dimarah Tuhan

Tetapi mereka tak rugi,

kerana mengumpul wang dan harta

Nak senang sementara di dunia bukan tujuan.

Tujuan ialah mengumpul pahala untuk bahagia abadi di syurga
Bagi mereka akhirat adalah nyata







100 fakta Kelantan

100 bakal mengubah Malaysia
Di Kelantan tuan-tuan,

menteri besarnya seorang Tok Guru

Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah

Tiap-tiap pagi sebelum ke pejabat





18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid

Tak ada pagar tak ada pengawal tak ada orang gaji pun
Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa

Dia seorang yang warak dan zuhud

Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan

Sejak dulu,

elaun rumah tak pernah ambil,

elaun keraian tak pernah ambil

Elaun buka puasa tak pernah ambil,

elaun hari raya pun tak pernah ambil

Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah

Itulah Menteri Besar Kelantan








Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya

Bukan kerana dia rasuah,

tetapi kerana dia

Tak buat report ada orang cuba beri dia rasuah









100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Waktu mula-mula dulu mereka kata tiga bulan saja
Kerajaan PAS akan bangkrap
tak ada duit nak perintah negeri
Kemudian tambah sedikit 6 bulan, kemudian jadi setahun
Sekarang 18 tahun dan ekonomi Kelantan semakin segar
Walau diskriminasi kerajaan pusat bermacam helah
Ditakut-takutkan dan dihalang pelaburan
Namun 17 tahun tanpa riba tanpa rasuah tanpa maksiat
Ekonomi Kelantan meningkat mengatasi lima negeri lain
Dulu nombor dua termiskin sekarang nombor enam di Malays
Dan di Kelantan tuan-tuan, tak ada tol,
nampak maupun tidak harga barangan dan makanan pun kekal murah

dan harga nikah pun masih murah





100 fakta Kelantan

100 bakal mengubah Malaysia

Belajarlah daripada Kelantan tuan-tuan

Belajarlah daripada Tok Guru

Belajarlah berfikir sebagai insan merdeka

Bebaskan minda, bebaskan minda!


Note: Kita tunjukkan kita sebagai orang Kelantan yang terkenal dengan buminya dikenali sebagai Serambi Mekah dan Tadahan Wahyu. Malu datuk nenek kita, malu tok lebai kita. Mereka sebelum ini sengaja didik kita menjadi orang baik, tinggal di negeri Serambi Mekah, tiba-tiba kita pula tergelincir, keluar daripada landasan itu dan asyik hendak tiru orang-orang yang tidak berguna di atas dunia ini.. (Tuan Guru Nik Aziz)
NOTE : Artikel ni aku ceduk dari pengirim ke email aku.