Thursday, March 27, 2008

TERENGGANU DARUL IMAN

TERENGGANU DARUL IMAN

Sungguh sedap nama diberi.. Darul Iman. Namum sungguh memalukan orang Islam dan khususnya Melayu di Terengganu apabila 22 ADUNnya bertindak biadap terhadap Sultan. Diketuai oleh Rosol Wahid seorang Melayu Islam bertindak lantang menentang titah Sultan hanya disebabkan kuasa dan pengaruh akan hilang. Dimanakah pergi nya Iman orang yang duduk dan mencari makan di negeri Darul Iman? Adakah iman nya ditinggal belakang untuk kepuasan nafsu diri??

Sebelum PRU 2004, Terengganu diperintah oleh kerajaan PAS. Banyak janji-jani yang ditaburkan oleh BN khususnya UMNO untuk merampas kembali negeri minyak tersebut. Semasa pemerintahan PAS hasil minyak dalam bentuk royalti yang patut diperolehi oleh kerajaan negeri segera ditukarkan sebagai Wang Ehsan dan ditadbir oleh Kerajaan Pusat dan pengeluarannya tidak diberikan terus kepada Kerajaan Negeri TETAPI dimasukkan kedalam akaun Pengerusi BN Negeri. Itulah dolak-dalik pertama kerajaan BN.

Antara janji-janji besar BN untuk menakluki Terengganu semula adalah untuk menyambung kembali LEBUH RAYA PANTAI TIMUR yang hanya sampai di sempadan Terengganu semasa pemerintahan PAS. Tidak ada atau kita tidak pernah mendengarpun Agenda sulit untuk mengadakan MONSOON CUP di Pulau Duyung, MASJID KRISTAL serta taman tema Replika di Pulau Wan Man.

Namun selama empat tahun (2004-2008) BN memerintah kembali Terengganu dibawah menteri besarnya Pak Turut (Idris) Dolah Badawi dan Patrik Badawi, LEBUH RAYA PANTAI TIMUR masih tidak ada perkembangan untuk menyusuri negeri minyak tersebut. Projek yang memang memberi faedah besar untuk rakyat dan akan mendatangkan kemajuan masa depan negeri tersebut tidak diwar-warkan lagi selepas itu.

MONSOON CUP

Sepantas kilat, MONSOON CUP dicanang-canang untuk menjadi alternatif kepada para nelayan yang tidak dapat turun kelaut disebabkan oleh Angin Monsoon Timur Laut. Lalu dianjurkan Kejohanan berprestij (konon-kononnya) yang menelan belanja anggaran RM300M setiap tahun. Bermula dari tahun 2005-2007 (sudah 3 tahun) kos untuk penganjurannya telah mencecah anggaran RM1.0B. Satu jumlah yang sangat besar yang patut dinikmati oleh rakyat-rakyat di negeri minyak itu. Namun hasil kajian menunjukkan Terengganu masih mempunyai tunggakan hutang kepada kerajaan Pusat sebanyak RM300.34 juta (antara negeri yang banyak berhutang) (http://www.malaysiakini.com/news/79130) dan negeri Terengganu yang kaya dengan hasil minyak itu juga terduduk di tempat kedua tertinggi kadar isi rumah miskin tegar iaitu seramai 8,300.




Dilaporkan hasil yang negeri Terengganu dapat dari Monsoon Cup adalah pendedahan media bernilai RM 73 juta (2005), RM 123 juta (2006), RM 150 juta (2007) dan disasarkan RM 200 juta pada tahun 2008. Sebelum ini pada 29hb Mac 2007, akhbar-akhbar tempatan terutama News Strait Times melaporkan Monsoon Cup 2006 Event Valuation Report, maknanya Laporan Penilaian Acara Monsoon Cup 2006, bukannya satu Laporan Kewangan!
Kenyataan ini menyebut nilai, bukan jumlah sebenar yang diterima. "Nilai ketara berjumlah RM277,630,300, manakala nilai tidak ketara pula ialah RM37,365,611. Jika ditolak kos penganjuran acara itu sebanyak RM20,067,997, nilai acara yang diaudit mencapai jumlah RM294,927,920." (http://disertasi.blogspot.com/2007/12/monsoon-cup-belanja-besar-manfaat-untuk.html)

TAMAN TAMADUN ISLAM

Satu lagi projek yang tidak mendatangkan faedah pada rakyatnya, Pembangunan Pulau Wan Man sebagai Taman Tamadun Islam menelan belanjan RM250JUTA yang menempatkan MASJID KRISTAL dan 21 MONUMEN REPLIKA (http://informasi.phpbb3now.com/viewtopic.php?f=132&t=1053) . Apa yang diketahui didalam mukim tersebut sudah mempunyai 2 masjid, ditambah satu lagi Masjid Kristal menjadikan mukim tersebut mempunyai 3 masjid. Dan untuk memasuki taman tersebut pengunjung terpaksa membayar RM8.00 seorang, bermakna untuk solat di masjid tersebut kita perlu membayar wang.

Masjid Kristal bernilai RM27 JUTA (anggaran awal yang mana jumlah terebut telah meningkat ke RM80Juta) yang dibangga-banggakan itu pada perkampungan Had Hari yang mana ia dirasmikan menghampakan Rakyat apabila tiada laungan azan untuk solat 5 waktu, tiada solat berjamaah dan pada hari Jumaatnya tidak ditunaikan solat Jumaatnya. (http://buletinonline.net/index.php?option=com_content&task=view&id=427&Itemid=27)

LEBUH RAYA PANTAI TIMUR

Perasmian Forum Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 telah berlangsung pada 5/7/2005, namun sehingga kini ia tidak menunjukkan apa-apa perkembangan. Menurut website Lembaga Lebuh Raya Malaysia fasa pertama sejauh 169KM dari Karak ke Kuantan dibina pada 30 Ogos 2000 dan telah siap pada 1 Ogos 2004 (4 tahun pembinaan) menelan belanja RM1.3B. Namun menurut website tersebut pembinaan yang menyambungkan Kuantan ke ke Sungai Tong Kuala Terengganu belum dijalankan lagi. (http://www.llmnet.gov.my/serverpages/highway/highway_detail.aspx?highwayid=18) Namun satu lagi link menunjukan ia telah dibina pada 18 Sept, 2006 dan dijangka siap pada 17 Mac 2009 yang hanya berjarak 79KM sahaja. (http://www.llmnet.gov.my/serverpages/highway/highway_detail_under_construction.aspx?highwayid=34)

KESIMPULAN

Projek Lebuh Raya yang lebih membawa manfaat kepada rakyat dan pembangunan negeri sebagai mana telah terbukti di sebelah barat Malaysia tidak dipercepatkan pembangunannya. Kos mungkin hanya bernilai RM750JUTA sahaja (bandingan dibuat berdasarkan jarak 79KM dengan jarak 169KM yang telah disiapkan dengan belanja RM1.3B). Namun Monsoon Cup yang tidak menguntungkan negeri serta rakyat tetap dianjurkan setiap tahun menelan belanja hampir RM1B untuk 3 tahun dan pembinaan pembaziran Taman Tamadun Islam yang menelan belanja RM250JUTA dipercepatkan tanpa mengambil kira kepentingan keperluan rakyat Terengganu.

Itulah cara-cara di mana Kerajaan BN dibawah pemerintahan Dolah Badawi menghabiskan wang Ehsan dari Petronas yang diperuntukkan untuk negeri Terengganu bagi kegunaan rakyat. Apabila siap Lebuhraya nanti rakyat terpaksa membayar lagi TOL kerana projek tersebut diserahkan kepada MTD. Wang Ehsan Petronas bukan lagi milik rakyat seperti mana sepatutnya tetapi telah menjadi Hak Milik tidak rasmi Kerajaan 3 Beranak Dolah Badawi. Seperti Rocky Bru laporkan DYMM Agong mempersoalkan kemana perginya wang Ehsan RM1B setiap tahun. (http://www.rockybru.blogspot.com)

No comments: