Tuesday, March 4, 2008

SANTAPAN MINDA PRU12 – UNTUK PELANGGAN YANG BERNAMA RAKYAT

Aku tertarik dengan seorang komentar di blog Datuk Kadir Jasin... dan aku rasa ia bagus untuk semua rakyat Malaysia untuk membaca sebelum membuat keputusan pada 8 Mac ini..
Anita Kedah said...
Assalamualaikum Dato'Izinkan saya berkongsikan santapan minda dalam ruangan yang ada kaitan pada topik ini. Dengan Izin...Dato’Pengenalan : Saya adalah RAKYAT yang tidak menjadi AHLI kepada mana-mana parti. Walaupun saya pernah memohon untuk menjadi ahli kepada sesuatu parti, entah dimana silapnya…permohonan saya itu senyap hingga kini. Saya telah mengundi buat kali 3 dan ini bakal menjadi kali ke4 dalam hidup saya. Tidak menjadi RAHSIA, bahawa sebelum ini saya acapkali mengundi bekas parti pemerintah (BN) kerana berhajatkan kepada kemajuan pembangunan. Namun, kini selepas bertahun-tahun menghadapi dunia kemajuan, saya disentak dengan suatu persoalan iaitu, kenapa LAGI KUAT saya menyokong parti terdahulu, lagi banyak kesusahan yang menimpa diri saya. Setahu saya, hasil mahsul Negara kita seperti minyak, getah, kelapa sawit, jelapang padi yang luas, persisiran laut yang sekeliling lagi luas, hutan balak yang masih banyak, yang entah berapa tinggi nilainya, kemajuan sains dan teknologi yang semakin dipelupori oleh anak bangsa kita, kenapa kenikmatan hidup dewasa kini nampaknya semakin sempit lagi dihimpit. Kemanakah perginya peluang-peluang yang harus diadakan buat kita semua.Seperkara lagi persoalan saya, kenapa dengan SUMBER PERIBUMI kita yang banyak ini, kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin oleh bekas parti pemerintah terdahulu, semakin meningkat hutangnya kepada kerajaan Persekutuan, manakala keadaan disatu pihak lagi iaitu parti yang memerintah kerajaan negeri kelantan pula hutang negeri semakin rendah? Kemanakah perginyaa hasil mahsul ini?Saya percaya dewasa kini, kita semua melalui kos sara hidup yang makin meningkat. Perjalanan kesana kesini semakin sesak lagi bertambah kos perbelanjaannya. Lagi kita pangkah bekas parti pemerintah, lagi tinggi yuran pelajaran anak-anak mahupun dari sekolah rendah, menengah ataupun universiti (sudah tu kita perlu pula menyokong kemudahan pinjaman wang pendidikan, agar anak kita boleh berjaya. Bila berjaya, dikatakan pulak sekolah/institiusi pengajian atau pengetua atau guru tersebut adalah yang terulung, walaupun kita ibubapa kanak2 tersebut yang berusaha mengeluarkan perit peluh dan wang untuk menghantar anak kita kepusat tuisyen atau membayar yuran PIBG bagi kemudahan tuisyen). Keselamatan anak kita pula dipersalahkan kepada kita juga sepenuhnya, tanpa mengira perancangan prasarana yang kondusif lagi selamat. Adakah pihak yang mengurus/berkhidmat keatas Negara kita ini tahu bahawa KITA yang memberikan amanah kepada mereka setiap kali PRU, permintaan mereka itu kita tunaikan dengan sepenuhnya (majority 90%+). Oleh itu izinkan saya Dato’ sekali lagi untuk membentangkan pendapat saya dibawah untuk tatapan semua dimana topik ini adalah amat berkaitan. Dengan Izin…dan terima kasih terdahulu Dato’
SANTAPAN MINDA PRU12 – UNTUK PELANGGAN YANG BERNAMA RAKYAT
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua sidang bloggers sekelian.Pembubaran Parlimen:Pembubaran parlimen beerti penamatan semua kuasa ahli dewan undangan negeri dan parlimen, yang bermaksud pentadbiran kerajaan sekarang dipimpin oleh satu kuasa pimpinan penjaga (Caretaker). Oleh demikian, ini bermaksud bahawa tiada bentuk kuasa kerajaan maka dengan itu tiadalah ada ungkapan bagi maksud parti kerajaan atau parti pembangkang. Yang wujud adalah parti-parti yang bertanding. Ada parti-parti yang bergabung dan yang bekerjasama. Kuasa ketika ini sebenarnya terletak kepada Rakyat dan Rakyat perlu sedar akan kehendak mereka.
Dalam situasi PRU12, terdapat berbagai parti yang memancing Undi. Mereka ini adalah ibarat seperti Jurujual (Salesman). Dan di dalam suasana sekarang terdapat beberapa puak yang antaranya di wakili oleh pertubuhan-pertubuhan besar, pertubuhan-pertubuhan sederhana besar yang bergabung mahupun individu-individu persaorangan (contohnya : Barisan Nasional, Parti PAS, PKR, DAP dan calon bebas) yang cuba mempromosi produk mereka. Oleh yang demikian, kita para PENGUNDI adalah PELANGGAN yang mustahak dan penting yang bakal menentukan pemilihannya. Oleh yang demikian, ketika anda menghadiri sebarang ceramah/sidang layar maya, maka Perlulah Anda Beringat, iaitu: TIDAK PATUT adanya gelaran PARTI KERAJAAN/PARTI PEMERINTAH/PARTI PEMBANGKANG. Yang ada hanyalah parti-parti yang ingin menjual PRODUK mereka sahaja dan kita perlu membuat PEMILIHAN YANG TEPAT dan BIJAKSANA.
KRITERIA PEMILIHAN OLEH SESEORANG PELANGGAN
Buat pertama kalinya, Pelanggan perlulah mengetahui apa yang dia ada/mampu untuk dia membuat sebarang pembelian. Disini, pelanggan perlu mengetahui kemampuan dana/kekayaan yang dia ada untuk dia memberikan tawaran kontrak tersebut kepada pemilihan produk yang ingin dibeli. DAN BUKANNYA kemampuan Penjual yang ingin menawarkan PRODUK, sebab mereka hanya mempunyai bidang khidmat, manakala PRODUKNYA adalah BARANGAN HAK KITA semua. Negara KITA kaya dengan pelbagai sumber hasil. Diibarat KITA mempunyai sebidang besar tanah yang dipunyai oleh pelbagai sumber dan dimiliki oleh sekian ramai pemilik yang bernama RAKYAT WARGANEGARA MALAYSIA. Oleh itu janganlah sekali-kali para Jurujual cuba memandai-mandai menyogok kita dengan janji-janji palsu atau sogokan wang ringgit, sebab NEGARA ini adalah milik KITA. Gerannya kini ditangan KITA dan mereka tidak sepatutnya memberi SOGOKKAN dalam apa benda sekalipun. Jurujual yang menyogok akan menyebabkan KITA menjadi WARGANEGARA yang BERASUAH dan TIDAK BERMORAL. Janganlah KITA sebagai pemilik NEGARA ini mengizinkan MARUAH kita menjadi terlalu RENDAH dan KEJI.Didalam menentukan kriteria pemilihan, saya menggambarkan bahawa kita semua berada dalam suatu kawasan perkampungan yang mendiami beberapa blok kediaman. Terdapat blok-blok kediaman yang mempunyai prasarana yang lengkap dan yang perlu dilengkapi lagi dengan kemudahan dan situasi sekeliling yang sepatutnya menyenangkan KITA sebagai pelanggan. Maka dengan itu, kita perlulah memilih PERKHIDMATAN yang terbaik untuk diri KITA. Malangnya KITA sebagai PELANGGAN di sogok dengan aspirasi dan mimpi indah yang amat pelbagai hinggakan KITA sendiri terpinggir oleh KEHENDAK yang terbaik untuk PILIHAN KITA sendiri. Ini ditambah pula dengan KETIDAK FAHAMAN KEPERLUAN dan KEMAHUAN yang jauh berbeza diantara sesuatu kaum. Oleh yang demikian, KITA sebagai PELANGGAN yang PENTING LAGI MUSTAHAK, perlulah berfikiran MATANG selepas melangkaui batas 50 tahun kemerdekaan, harus menjuruskan KEPERLUAN dan KEMAHUAN kita kesuatu TAHAP KEPUASAN LAGI MAKMUR agar ianya mencakupi semua bahagian aspek kehidupan kita dan generasi-generasi yang akan datang.
Sebagai PELANGGAN MUSTAHAK, saya fikir, KITA memerlukan perkara-perkara berikut, jika boleh saya syorkan:
• Perkhidmatan Yang Cekap, Bijaksana dan Mesra.o Perkhidmatan yang berlandaskan kecekapan mengendali, mengusaha dan meningkatkan kualiti dan kuantiti hidup dari SUMBER BUMI KEPUNYAAN KITA.
o Perkhidmatan yang bijaksana keatas SUMBER BUMI KITA pula haruslah diusaha dengan penuh jiwa semangat RAKYAT, tanpa mengira agama, bangsa dan kepartian.
o Perkhidmatan mesra pula haruslah digembeling dengan nilai-nilai murni adat kesopanan KITA, dengan menolak sikap sombong dan bongkak lagi angkuh.
• Perkhidmatan Yang Meningkatkan Kualiti dan Kuantiti Hidupo KITA umumnya gusar dengan KEPASTIAN MASA DEPAN KITA dan GENERASI KITA. Oleh demikian Jurujual-jurujual yang akan ditawarkan KONTRAK PERKHIDMATAN ini yang akan dipegang konsesinya selama 5 tahun kemudian, perlulah mengadakan PERANCANGAN JITU, dan bukannya JANJI-JANJI MANIS Jurujual sahaja. Mereka seharusnya memperjelaskan kemana arah tuju masa depan kita dengan disemak oleh kualiti indeks (sebagai Bench Mark) untuk KITA semua TELITI. Disini silalah BUKA MINDA, MATA dan HATI tuan-tuan dan puan-puan untuk memperbandingkan yang mana satu asli, diantara yang dibuat, dicakap dan hasil yang dilihat.
o Kita juga perlu memperincikan PEMILIHAN sedalam-dalamnya dengan meneliti keperibadian Jurujual Daerah, Ketua Jurujual dan Pertubuhan yang bakal menyediakan perkhidmatan mereka. Jika Pertubuhan berkemampuan, tapi Jurujual daerah tidak boleh memberi khidmat yang baik, seperti memekakkan telinga, lebih baik kita cari jurujual lain. Dan jika Jurujual Daerah mesra dan baik, tetapi polisi ibupejabat pertubuhan pulak memekakkan/melengahkan tuntutan kita, juga perlu kita tolak.
• Perkhidmatan Yang menjuruskan kepada KEMAKMURAN dan KESEJAHTERAAN.
o Untungnya apabila KITA sebagai PELANGGAN dapat dipersembahkan dengan dua set PERBEDAAN PILIHAN yang boleh kita buat sebagai ukuran. Barulah kita beroleh KEBIJAKSANAAN untuk memikir dan memilih dan bukannya diBUTAKAN oleh aspirasi sehala sahaja selama 50 tahun. Barulah ini memberikan MAKNA MERDEKA, iaitu tidak dijajah minda oleh satu perspektif sehala sahaja.
• Akhir sekali, Perkhidmatan Yang Membawa kepada KEBERKATAN.
o KITA harus menilik kembali SEJARAH KETAMADUNAN MANUSIA, dimana TAMADUN MANUSIA bermula dari PEMBANGUNAN SAHSIAH MINDA yang dicetus oleh fahaman AGAMA. Keseluruhannya bermula dari kawasan ASIA. Oleh itu insan manusia yang dari cerok Asia ini, samaada Cina, India, Arab dan lain-lainya mempunyai pegangan kepercayaan Agama yang kuat. Maka demikian sebagai kaum puak yang berlainan bangsa dan agama, rasanya tidak menjadi masaalah bagi mengaspirasikan impian KEBERKATAN dalam mencari matlamat kehidupan mereka.
o Oleh demikian, kita sebagai PELANGGAN MUSTAHAK, perlulah mendesak para Jurujual yang ada, agar tidak sekali-kali menokok iklan-iklan pembangunan, mengejar kemajuan dan sebagainya yang mana mereka tidak mempunyai sebarang ikatan keatas GERAN yang ada pada KITA sekarang. Hanya kita yang boleh memilih dan meneliti kualiti-kualiti kebolehan yang terpampang dimata, telinga dan hati kita untuk dibuat PEMILIHAN. Dan model-model yang boleh diunjurkan terdapat diNegeri Kelantan dan Negeri-Negeri Lain seterusnya untuk dibuat perbandingan. SILALAH BUAT PENELITIAN YANG TERBAIK buat sesama kita. Disini, mungkin adanya RAHMAT bila kita boleh membuat perbandingan, ANDAIKATA tiada model yang disediakan, maka pencarian untuk mencari KEPASTIAN adalah dengan pandangan sebelah/sehala sahaja.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan “SELAMAT MENGUNDI”, jadilah PELANGGAN MUSTAHAK, janganlah MASA DEPAN dan MARUAH kita mudah DIPERKOTAK KATIKKAN, lagi DISOGOK dengan JURUJUAL yang KORUP. JANGANLAH KITA KENA JUAL dan JADI PENGAMBIL RASUAH. (BY RIGHT ANYONE WHO OFFER US BRIBES, SHOULD BE KICK IN THEIR BUTT. NO POINT TO REPORT TO THE POLICE FOR NOW… U KNOW WHAT I MEAN. LET THEM KNOW THAT WE REALLY MEAN BUSINESS THIS TIME AROUND)Sekali lagi selamat mengundi dan salam hormat dari saya. Wassalam dan salam sejahtera buat Dato' dan sekelian sidang maya.

No comments: